Tuesday 9 April 2013

PROFILE DIRI NAJIHAH EL-GHAFFARI


Nur Najihah Bt Abdul Ghafar nama di beri, d lahirkan sebagai anak sulung drpd 5 org adik-beradik.. Satu2nyer anak pompuan kpd pasangan Abdul Ghafar Bin Othman dan Rahimah Bt Md.Farid.Mendapat pendidikan awal di Tadika Nur Ain & Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur. Di lahirkan di Kuala Lumpur, Hospital Dr. Suhaimi. Bertarikh 2 MAY 1991. Selama 10 tahun lebih tinggal di Kuala Lumpur kemudian berpindah ke Muar, Johor.Sambung belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Maharani dan Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran. Mengambil pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat di Kolej Pengajian Islam (MARSAH) selama 3 tahun dan menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat di Al-Azhar Universiti, Mansourah, Mesir (kini) 


SIFAT-SIFAT  KHUSUS NAJIHAH EL-GHAFFARI

  1. Bersyukur mempunyai ibu yg penyayang,garang dan ayah yang bertanggungjawab

  1. Tinggi 171 cm (keluarga mang tggi2, dlm adik-beradik pling rendah)

  1. Bujang

  1. Berketurunan Jawer (mak) + Bugis (ayah) [tp xikut pon mana2 adat]

  1. Suka makan semua jenis mee berbanding nasi [suke cuba semua mknan kecuali sayur]

  1. Warna kesukaan biru

  1. Seorang yg peramah dgn org yg rpat sgt penyegan dgn pakcik2 dan makcik2 [tunduk kalo jumpa mereka,maaf ]

  1. Ibubapa adalah keutamaan,apa nk beli mesti tnya ibuayah,mana nak pergi mesti mnta izin ibuayah ( sbb ibuayah kedua2nya adalah rahmat untuk kita ]

  1. Dalam adik-beradik,sbenarnyer tegas tp adik2 mainkan kepala je,yola sorang je pompuan lawan 4 lelaki manglah kalah

  1. Paling rapat dgn adik anak ke-3 dan yg bongsu

  1. Hobi suka melukis,membaca dan apa2 perkara yg nk buat pd masa tuh

  1. Kawan2 yg rpat kebanyakkannyer ketinggian sgt rendah ketara

  1. Malas nk bercinta, xsuka bercinta, n apa2 psal nk bercinta x suka [sbbnyer hak cinta yg benar,ikhlas hanyalah untuk suami bukan bakal suami ]

  1. Sukan kegemaran adalah badminton. [pernah menyertai pertandingan badminton ]

  1. Pernah menyertai taekwondo smpai tali pinggang merah 2 [ berhenti sbb nk PMR ]

  1. Ciri-ciri lelaki nk jd suami senang je, apa yg ibuayah berkenan saya dah suka.. jd apa2 mnta lesen kat ibuayah. BIAR MAHAL MARUAH, TAPI MURAHKAN MAHAR

  1. Berminat dengan hadis,kisah2 para anbiya,sejarah Al-Quran, minat semua sejarah.       



Keluarga Bahagia bagi pasangan Abdul Ghafar Bin Othman dan Rahimah Bt Md. Farid



AYAH

~  Abdul Ghafar Bin Othman

~  3.3.1959

~  Pegawai Polis di Pejabat Polis, Skudai, Johor Bahru

~  Seorang bertanggungjawab, pendiam dgn anak2 tp anak2 tahu ayah sayangkn mereka,tegas

~  Ayah menyediakan semua keperluan kami dgn secukupnya tanpa kami mengetahui sama ada ianya kurang atau tidak

~  Ayah anak ke-4 drpd 8 org adik beradik

~  Ayah tinggi orgnyer,kami semua persis ayah, drpd ketinggian,fizikal dan iras2 muka

~  Ayah bekerja d Skudai tp hujung minggu akan pulang ke Muar, nmpakkan tanggungjwb kat situ

 


IBU

~ Rahimah Bt Md.Farid

~ 10.1.1959

~ Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Muar

~ Ibu garang,penyayang, bertanggungjwab,terapkan disiplin pd anak2 (ingt lg, xtutup lampu dah kene rotan),jiwa lembut,kadang2 apa yg ibu buat untuk anak2 xpasan

~ Ibu anak ke-8 drpd 10 org adik beradik

~ xde sorang anak pon yg ikut fizikal,iras wajah ibu, tp ade yg ikut perangai ibu :p misal saya xsuka buat kerja tangguh2.

~ Ibu ada bukak kedai kat kampung, jd ayah dan ibu hujung minggu mesti balik kampung, rumah peninggalan arwah datuk dan nenek ^_^


ADIK (ANAK KE-2)

~ Muhammad Najihan Bin Abdul Ghafar

~ 14.12.1992

~ Pelajar at Universiti Barcelona, Spain (nama penuh xtahu)

~ Bertanggungjawab,hormat org tua,patuh pd ibuayah,suka tlg adik-beradik, sifat serba-serbi mcm ayah, xberapa rpat nan adik-beradik tp adik-beradik tawu yg die syg pd semua,rajin belajar,apa yg nak die mesti berusaha untuk mendapatkan apa yg die nak,penyayang, pendiam tp sekali buatlawak boleh pecah perut

~ Paling pandai dan paling macho, paling seiras dgn ayah dr segi iras muka dan perangai,rapat dgn ayah,mengekor ayah kemana-mana


ADIK (ANAK KE-3)

~ Ahmad Naqib Bin Abdul Ghafar

~ 1.6.1996

~ Pelajar di High School Muar

~ Bertanggungjawab,hormat org tua,adik yg pling becok,peramah,suka layan budak2kecik,gila2,happening,jarang nmpak die marah kalo marah pon just jeling je tnda xsuka,palingrapat dgn ibu,kakak n dua adik bongsu,pandai,suka menolong org,senang berkawan

~ Ramai kata Naqib manis senyuman xmcm kakak n abaang die, pemalu bila jumpa pakcik2 n makcik2


 ADIK (ANAK KE-4)


~ Mahmud Nakhai'e

~ 4 tahun

~ Aktif,penyayang,suka main bola



ADIK (BONGSU)

~Muhsin Nawawi

~ 3 tahun

~ Kuat melalak






Friday 8 March 2013

HADIS YG KE- 31 "HAKIKAT ZUHUD DAN KESANNYA"

 

Daripada Abu Al-A'bbas Sahl bin Sa'ad as-Saa'di r.a , beliau berkata : Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan berkata "Wahai Rasulullah S.A.W, tunjukkanlah kpdku 1 amalan apabila aku melakukannya, Allah S.W.T cinta kpdku dan manusia juga cnta kpdku." Rasulullah S.A.W bersabda "Zuhudlah terhadap dunia nescaya kamu akan d cintai oleh Allah S.W.T dan zuhudlah terhadap apa yg dimiliki oleh manusia, nescaya kamu akan d sukai oleh manusia." (Hadis Hassan d riwayatkan oleh Ibnu Majah)

Imam Ahmad drpd Abu Idris Al-Khawalaani : "Zuhud bukannya  bermaksud mengharamkan yang halal dan membuang harta benda, tetapi yakin dengan Allah S.W.T dan mengharap ganjaran daripada Allah S.W.T. walaupun musibah berterusan."


ZUHUD ADALAH AMALAN HATI BUKAN AMALAN ANGGOTA


          Abu Sulaiman Al-Daarani berkata " Kamu jangan mengatakan seseorang  itu zuhud, sesungguhnya zuhud itu terlatak pada hati "

~ Situasi ini selaunya berlaku d kalangan pelajar yg belajar agama. Kebiasaannya mereka akan mengenali perkataan Zuhud tetapi tidak memahami apakah maksudnya. Sebagai contoh :  Seorang pelajar perempuan bercakap dgn seorang pelajar lelaki, plajar lelaki merasa segan dan hanya menundukkan kepala apabila bercakap dengannya. Dalam hati pelajar tersebut "Zuhudnya dia ni,  menyampah aku!" Sesungguhnya zuhud hanyalah terletak pd hati bukanlah bedasarkan perbuatan. Hanya Allah S.W.T yg dpt membaca hati manusia, siapalah kita untuk men 'judge' org.

Zuhud terbahagi kpd 3 definasi :

1. Seorang hamba yg sgt yakin dengan apa yang ada pd sisi Allah S.W.T lebih baik daripada dirinya.

2. Seorang hamba yg d timpa musibah dunia seperti kehilangan hanta benda ataupun keluarga, hanya bersabar dan hanya mengharapkan pahala daripada Allah S.W.T.

3. Pujian dan cercaan tidak mendatangkan kesan kpd dirinya.

Ibnu Mas'ud " Yakin ialah kamu tidak berusaha untuk mendapat keredhaan manusia sehingga mendapat kemurkaan Allah S.W.T "

Hassan Al- Basri " Orang yang zuhud ialah apabila dia melihat org lain dia akan berkata ' Dia lebih baik drpd aku' "

KEPENTINGAN HADIS

Dua wasiat Nabi Muhammad S.A.W yg besar 

1. Zuhud terhadap dunia menyebabkan seseorang hamba mndpt kecintaan drpd Allah S.W.T

2. Zuhud terhadap apa yang d miliki oleh manusia merupakan sbb mndpt kecintaan dan darjat d sisi mereka.

PEMBAHAGIAN ZUHUD 

Sebahagian para salaf membahagikan kpd 3 bahagian

1. Zuhud terhadap perkara syirik dan beribadat kpd selain daripa Allah S.W.T [WAJIB]

2. Zuhud terhadap semua perkara haram dan maksiat [WAJIB]

3. Zuhud terhadap perkara2 yg halal [ X WAJIB ] 

PERKARA-PERKARA YANG MEMBAWA KPD ZUHUD

1. Mengingati akhirat dan membayangkan bagaimana keadaannya nanti d hadapan Allah S.W.T d hari perhitungan dan pembalasan.

2. Menyedari bahawa keseronokan dunia boleh melalaikan hati drpd mengingati Allah S.W.T

3. Menyedari bahawa untuk mendapatkan kenikmatan duniawi, manusia terpaksa berpenat lelah, menanggung kehinaan dan mudah d tipu ( contoh : dadah )

4. Menyedari bahawa dunia ini d laknati ( dunia hanya menjauhkan manusia drpd Allah S.W.T kecuali ilmu yg bermanfaat, yg membawa kpd mengenali Allah S.W.T, mendekatkan diri kepadanya serta zikrullah )


           Hinanya dunia daripada bangkai seekor kambing (Riwayat Imam Muslim)


 ~ Menghina dunia bukanlah bermaksud untuk menghina masa (siang & malam ) dan tempat (tumbuhan2 yg tumbuh d muka bumi dan makhluk Allah yg beranak pinak kerana semua ini adalah nikmat2 yg d berikan oleh Allah S.W.T dan setiap nikmat ada faedahnya.


    Penghinaan d maksudkan dgn perbuatan manusia kerana kebanyakkannya menyalahi ajaran Rasulullah S.A.W dan mendatangkan mudharat dan akibat buruk.


GOLONGAN ANAK ADAM TERBAHAGI KEPADA DUA GOLONGAN

1. Golongan yg mengingkari wujudnya kehidupan selepas mati untuk menerima pembalasan pahala & dosa
2. Golongan yg percaya wujudnya kehidupan selepas mati ( mereka adalah org yg menerima syariat Rasulullah S.A.W)

Golongan kedua ini terbahagi kepada 3 golongan

1. Menzalimi diri sendiri

# Golongan ini adalah golongan yg pling rmai, taksub dengan harta benda dan kekayaan dunia dan menjadikan dunia sebgai matlamat yg terbesar, suka bermegah2, berlumba2 memperbanyakkan harta benda dan keturunan. Mereka lupa dunia ini adalah tempat persinggahan sementara, dan juga lupa dunia adalah untuk mengambil bekalan bagi meneruskan perjalanan menuju ke tempat yg kekal abadi walaupun dia tahu perkara tersebut.

2. Golongan Pertengahan

# Ambil habuannya dgn cara sebenar tetapi berlebihan dengan perkara yg d haruskan (untuk dirnya sendiri). Walaupun tidak d azab tp darjatnya d akhirat akan bertambah kurang.
 

3. Golongan yg berlumba2 membuat kebaikan
# Golongan yg memahami erti 'dunia', dan memahami Allah S.W.T telah menempatkan hamba2Nya d dunia dan mempamerkan segala kelazatan dan keindahan semata2 adalah untuk menguji mereka. Sebahagian salafus solih menyatakan ' Golongan ini ialah mrka yg zuhud terhadap dunia
dan mengharapkan akhirat'

Friday 1 February 2013

~PENGALAMANKU SEBELUM KE DUNIA TAHFIZ~


DI LAHIRKAN DI DUNIA




   Aku d lahirkan bertarikh 2 Mei 1991.. Masa tuh ibu penat, ibu dah xdaya mungkin sbb ibu kurang berehat sbb kerja yg menimbun, lagi2 time tuh ayah kerja kat sarawak.. Ayah dah mnta tukar, tp masanya belum sesuai nk pndah (mungkin).. Alhamdulillah, time aku d lahirkan ayah mang ada bersama ibu tp.. ibu mang dah xberdaya, dah xde tenaga.. Jd, Doktor gunakan "Vakum" utk keluarkan aku.. Ibu lihat,anaknya xbergerak, doktor tepuk belakangku byk kali, xbergerak jugak.. Tp akhirnya, Alhamdulillah Allah bg kesempatan aku hidup utk berbakti pd ibuayah kelak

   Selepas 7 hari ibu memikirkan nama untukku, hurm.. atuk cadangkan nama Rabi'ah..sbbnyer nama ibu Rahimah "Euw... tuanya nama ank saya.." kata ibu.. Lama juga ibu fikirkan.. atuk tnya "Kau nk anak kau nih jd apa?" "Saya nk anak saya berjaya kat dunia dan akhirat, saya nak ank saya kaji Quran, Hafaz Quran, pastu pulak smbung kat Mesir.. Jordan ke.. " atuk dok fikir2.. Ha,atok dpt idea "Kau bg ajelah nama anak ko ni Najihah yg bermksud Berjaya,ha.. mnelah tawu tercapailah cita2 ko tuh" ibu tersenyum.. So,nama aku dah muktamad iaitu Nur Najihah Bt Abdul Ghafar.

ZAMAN KANAK - KANAK

   Ibuayah ngajar aku mcm2 tentang dunia, lagi2 ibu.. Ibu ajar ngaji, ibu ajar mcm mne nk jd ank yg solehah, ibu belikan buku kisah2 nabi.. Tp,time aku budak2 dulu aku xlah pndai sgt.. Baca BI tunggang terbalik "Monkey like to swim" bukannyer "Monkey 
like to eat banana", Matematik? huh.. haram jadah.. no Menaik dan Menurun pon aku xtawu.. So,aku selalulah kne dok ejek ngan ibuayah aku,adik aku pon sekali si Muhammad Najihan, bukan ejeklah tp mcm menganjinglah jugak.. Huh! Ibuayah mang garang giler tahap gaban.. Semua aku dah rase dah,ckp je.. paip getah?rotan?hanger besi?tali pinggang? huh.. mak aku pon pernah ugut aku nan pedang samurailah..ape adehal, penampor?terajang? hahaha! sume aku dah rase.. tidur kat luar?of coz.. lbih 3 kali aku dah pernah kene.. Salah skit je,contoh : lupa tutup bilik air ke.. solat laju ke.. blik rumah lmbt ke.. sbb syok sgt men..Hahahaha! mang benci giler time tuh smpikan aku pk,aku nih ank angkat dieorg ke?adik aku pon pernah kene tp xlah seteruk aku kot.. Die pon pndai dr aku,matematik aku pon die yg ajar.. So, ade jeles skitlah nan die nih..Ape nk buat,.. dah takdir kann..

   Time tuh pemikiran xmatang,ape ibuayah soh buat aku xnk buat.. sbb.asyik2 rotan..asyik2 hanger.. mcm mana aku nk jln? tension tahap sgat2 giler! haa.. xde tmpat aku nk ngadu melainkan sedare aku jer.. Dieorg pon xboleh buat ape dah.. sbb dieorg tahu mak ayah aku mcm mana..Ayah aku pegawai polis,Mak aku pulak Cikgu Disiplin.. xde sape berani lawan.. Smpikan kwn2 aku pon takut nan ibuayah aku nih.. Haishh.. kadang2 aku rase aku nih mcm ank banduanlah pulak sbb sume takut nk kwn nan aku.. Tp,time skul rendah dulu adelah jugak sorang dua nk kwn nan aku sbb dieorg pon ank polis jugak! Huwargh2

   Hurm.. time drjah 5 aku kne pndah Muar,Johor sbb ayah aku d tukarkan tmpt keje.. Tension weyh! dahlah Muar tuh kwsan kg.. x syoklah beb! abes nk buat mcm mne.. Kalo aku ade duit dah lame aku sewa je umah kat KL uh.. Hee.. tp, sbnarnyer dok Muar nih lg best dr KL sbbnyer ibuayah aku msukkan aku kat sekolah biasa bukan mcm kat KL tuh, sekolah rendah Islam.. perghh.. sume kwn2 aku sporting2.. Terbaik ar! dieorang ajar aku mcm2 tentang dunia nih..Lagi2 bab couple.. perghh! darjah 5 wa dah start couple beb! hahahaha.. Xboleh blah.. ~ ibuayah aku comfirm xtawu,yg buat bil telefon melambung tuh.. akulah punyer keje.. hehehe~!tp pernah je terkantoi,mcm biasa kene penampar nan ayah..Sakit weyh! berdarah2 mulut aku.. Haishh,tension.. D sebabkan ibuayah aku settlekan masalah dgn penampar,terajang n sebagainyer.. Aku jd pemberontak dlm diam.. Aku xsuke ibu! Aku xsuka ayah! aku pernah ckp nan adk aku Naqib " One fine day t kakak xnk dah duduk umah nih!" Naqib terngangah jer.. 

   Aku berontak ape? mcm2.. salah satunyer,aku dah xpkai tudung mcm dulu,lepak nan kwn2,keluar mlm nan pakwe..tuh semua aku buat..up to date weyh~ hahaha! pemakaian aku dah xmcm dulu.. Suka hati aku nk pkai ape.. perangai aku ni smpilah aku dah msuk sekolah menengah.. Hurm UPSR aku hampeh, cikgu dah target aku PELAJAR CEMERLANG.. tp aku byk CEMERLANG kat Sukan je bkan kat Akademik.. Malas aku nk pk sume tuh! enjoy lg best!

ZAMAN SEKOLAH MENENGAH

   Ibu mcm perasan perubahan ank dara die nih.. So,ibu decide msukkan aku kat sekolah agama semula.. Aduh,apa ni! kene pkai tudung labuh balik.. xsmart ar.. Nk buat mcm mne,kne ikut jugak kalo x terpaksa aku dgar ibu beleter mcm burung belatuk ketuk pokok tu.. Mcm yg aku jangka, skul agama adalah bored!! Bosan tahap gaban! itu semua sopan,itu xboleh,ini xboleh,.. Kalau xkne denda.. Sngatlah tension, dok asrama lak aiiihhh.. Kene dok ikut ckp Biro itulah,inilah.. Kalo x.. skit2 ngadu kat warden.. hampeh..

   Tp, yg bestnyer ade jugak kwn2 yg sekepala dgn aku.. Dieorg pon ade masalah jugak nan makbapak die.. lg teruk dr aku pon ade.. Hee.. Yeah! ade geng! keje kiteorg ni Bersidai tepi koridor, tayang muka kat abg2,hahaha! bersembang, tidur dlm kelas, sume ade.. Just aku nih mcm pndai skitlah dr dieorg just mlas nk belajo jer.. Hee.. dlm geng tuh juga aku antara yg pling femeslah.. Bak kate abg2 seniro "Adik yg tonjang tuh cutelah" cettt! tonjang? Hari2 aku asyik kne pggl nan budak laki mana ntah kata abg tuh kirm salam, abg nih bg ais krim, abg tuh bg nih lah itulah.. amek jela,ckp time kasih n blah.. Aku xamek tawu pon abg mane yg kasi, abg nih nk jdkan adk angkatlah.. Timer je, adelah dlm 2,3 org.. Hahaha,! sume biro2 pulak tuh.. Terlako.. Terlako..

    Jd, bila dah rmai peminat nih rmailah yg dok cemburu kat aku.. Akk2 biro pon ade weyhh.. terlako2! "Kau jgn kaco abg ni! budak gedik?! itu aku punya! aku dgn dia dah lame dah! kau sape nk amek die?" aku gelak je.. dah abes akk tuh bebel aku pon blah je.. Malas nk lyan.. Pernah 1 ari ade sorang akk tuh denda aku soh basuh kasut die.. Aku jwb jela "Saya kat sini bukan sbb nk bsuh kasut akk, k, bye.." 

   Bile aku dah meningkat dewasa.. eh, remaja.. Aku dah xde backup2 mcm dulu.. Sume dah habis sekolah.. So,aku sorang2.. geng2 aku yg dulu pon pndah sekolah sbb dah xtahan dah nk skul kat situ sbbnyer dieorg xboleh msuk.. So, tggal lah aku sorang2,. aku nk pndah comfirm mak aku xkasi.. Haissshhh~ spoiled!! aku pon keluar dr asrama sbb mak aku nk jaga aku depan mata dia.. Hurm.. bosan! Bile aku dah sorang2 aku xde kwn yg best smpilah aku Form 5, tp time Form 5 aku jumpe kwn best! hahahah... mkin alpalah aku.. Aku pon d kenali sbgai budak yg bermasalah walaupon aku sendiri adalah pengawas.. Nak buat mcm mne, ini diri aku.. So,budak2 nakal sukalah nan aku konon2 aku boleh jd pengadu dieorg.. Kot2 ade spot check ke aku boleh bgtawu.. Hehehehe

    Nak d pendekkan citer,aku pernah terlibat kes kurang ajar nan cikgu.. Nak d pendekkan citer lg mak aku xnk sekolahkan kat aku kat situ (bukan xnk citer tp nk jaga hati sape2 yg terasa kalo terbaca blog nih :) ) Jd,aku dah pk masa depan.. Aku nk cri keje,aku xnk belaja.. kalo belaja pon org aniaya buat ape? aku benci cikgu2.. tp,kwn sekolah kol aku mlm tuh soh aku sekolah blik.. Dieorg kate xbest kalo aku xde,mcm xde nyawa.. Podah! mcm pernah mati je..hehehe.. So,aku blik skul demi kwn2 aku, tp aku dah xpkai dah bju pengawas.. Sume suke aku blik! kecuali ade yg setengah2 je... Dahlah wktu tuh aku nk SPM.. mang comfirmlah aku xboleh nk jwb.. So, my SPM x memberangsangkan.. Lalalalalalalalala~

ZAMAN DIPLOMA

   Ibuayah comfirm sedih sbb dgn keputusan SPM aku tuh xdpt aku nk msuk U mahupun Kolej tajaan MARA.. Dieorg dok pk aku nk smbung mane, tp aku lg suke sbb dah mlas dah nk belajo..Hehehehe.. Tp,..adelah hamba Allah nih cdangkan kat ibu soh aku amek Tahfiz kat salah sebuah kolej.. Kwn aku pon ade sorang yg bersetuju n snggup tggu aku time temuduga.. What??!! Tahfiz? xnaaakkk! sape suke??!!! cukup2lah paksa aku itu n ini.. aku xsuke?!! tp,ibu merayu kat aku "Salah ke kakak tunaikan 1 permintaan ibu setelah semua harapan ibu kakak dah musnahkan?" alamak..! mak aku dramatik pulak.. Aku pon xsmpi hati,, aku pon temuduga dgn hati xikhlas.. Sebelum test hafazan (time temuduga kene tasme' dgn ustz/ustzh) aku kene buat 1 ujian ringkas.. Bab Nahu, alaahhh.. comfirmlah aku xingat, Tajwid pon kne tnye gakk.. Aku tibai je.. xlama kemudian ada sorang ustz semak "Astaghfillah, soalan mcm nih kau xboleh jwb.. Mcm mana kau nih? kate belaja kat sekolah agama..bla..bla..bla.." ustz tuh dok pok pek kat aku.. Dahlah tension.. Dlm hati "Oh.. ko hina aku ea..xpe2, t aku buktikan dgn hafazan aku t.. siaplah kau" Aku pon ngajilah dgn penuh usaha,ustz bg msa setengah jam tp aku mnta 10 min je.. Ha! bru tercengang ustz tuh.. Kah.. Kah.. Kah..

   Akhirnya aku d terima masuk, pling gembira skali adalah ibuayah aku n kwn aku yg tggu aku time temuduga tuh.. tp aku,.. hati mcm xnk giler g! bidang yg aku xminat n comfirm leceh.. Well, aku terpaksa gak.. sbb dah tgok ibuayah aku semangat nk hantar aku.. Aku diam je,.. 

   Dah smpi kolej, n dah dpt dorm.. Hurm.. benci~ tp.. ntah kenapa hati aku mcm tenang sgaaatt.. Why?lg2 aku tenang bila tgok akk2 ni yg dok salam aku,peluk aku.. Huisshhh.. seram nihh.. Tp,aku rase sejuk.. Time tuh aku ade pakwe, dgn xsemena2,aku mnta clash nan die.. asal ek? dulu mcm nk mati aku pujuk die supaya blik nan aku,tp bila dah smpi tmpt ni.. ewaahh.. senang lah pulak.. Aku pndang je dieorg time solat jemaah,.. Aku terus amek telekung sbb nk solat sama2 nan dieorg.. Dieorg buka Quran aku pon bukak, dieorg siap semak lg bacaan aku.. Dieorg kate "Bagus bcaan Jia ni.. ni mesti mak yg ajarkan?" Allah, time tuh tetibe teringat kat ibu.. Ibu~Ayah~ agak2 kalo dieorg xsepak terajang aku soh mengaji,agak2 aku kat sini ke? time tuh jugak aku nangis.. Aku ngaji pelan2, sbb esok dah start kelas tasme'.

   Aku semangat utk p kelas!! Yeahh! Allah pilih aku.. Allah pilih aku! menitis air mata aku kat Quran Surah Baqarah..Aku tasme' kat ustzah,ustzh senyum je.. Die kata "Awk ade peningkatan utk mnjd Hafizah, untung mak ayah awak kaann.. Bagus dpt didik anak mcm ni" Allahuakbar,! Ape aku dah buat kat dieorg.. Depan punya baik,Belakang aku jahat nk mati.. Astaghfillah, time tuh jugak aku istighfar.. Time blik asrama, aku terus Solat Taubat.. Solat Hajat mnta d ampunkan dosa2 aku.. Ape aku dah buat masa dulu, hancurkan hati ibuayah jer.. Tp,aku harap ibuayah akan bangga dgn aku semula.. sbb aku nk buktikan! walaupon UPSR,SMRA,PMR,SMA,SPM aku xlah sehebat mana.. Tp aku nk jd hebat dpn mata ibuayah.. Itu tekad aku..

   Mcm2 dugaan aku hadapi time aku msuk Tahfiz, setiap Juz2 Quran aku hafaz ade dugaan tersendiri.. Dugaan melibatkan perasaan pon ade, tp aku cube buangkan.. Aku peluk dia (QURAN) "Aku nk bersama kau je..! Aku nk Bersama kau je..! Tunggulah aku khatamkn kau baru aku pk perasaan aku pd org lain" Tiap2 harilah Quran tuh aku peluk,selalu jugak aku citer kat kwn2 pengalaman aku sebelum aku msuk Tahfiz,.. ade yg kagum dan ade yg mlas nk dgar.. Hahahah.. xpelah, dieorg xrase ape yg aku rase..

   Paling susah time aku nk hafaz adelah aku d uji dgn perasaan aku sendiri.. Aku terboleh suka kat sorang lelaki.. Aku berdoa "Ya Allah, ape harus aku buat? Aku nk khatamkan Quran.. tp Kau turunkan perasaan aku ni pd dia pulak.." Mungkin Allah bg ilham, aku pilih utk khatamkn Quran dulu.. Perasaan tuh aku biarkan.. Heee~ Alhamdulillah sangat lah lega! mcm aku terbang d awang-awangan.. Terima Kasih Ya Allah krn pilih aku.. dan beberapa hari kemudian brulah aku nyatakan perasaan aku pd lelaki tersebut.. Die tolak aku, hurm.. tp aku xrase sedih and xrase kecewa.. Kenapa ek? Mata aku terus beralih pd Quran yg bru minggu lepas aku khatamkan.. Dlm hati.. "Die rugi tolak aku,sbb aku syg kat die.. Tp Quran.." hehehehehe.. Bestnyer! Quran xpernah tggalkan aku selagi aku menjaganya.. Kan3.. Hope, Quran akan temankan aku smpilah aku mati nanti.. Dialah Sahabat Aku! Sahabat Dunia Akhirat! Mungkin jodoh aku.. ahh! Allah tentukan.. yg penting Quran mesti d sisi aku

PENGAJIAN DI MESIR

   Alhamdulillah,aku dpt smbung pengajian aku d Mesir.. Aku rasa impian ibu sudah pun tercapai.. Alhamdulillah.. Tp, sgt menyedihkan aku.. Quran hilang! huwargghh! Sahabat aku hilang.. mcm mana boleh hilang.. padahal aku dah pegang erat2.. Allah, Allah dah takdirkan.. Bersabar.. Bersabar.. Tp aku x akan putus harapan, 1 day t aku dpt jugak jumpa blik Quran aku tuh.. (^^,)v


P/S : Jd, inilah pengalama saya sebelum bergelar Hafiz Quran.. Mungkin dulu saya xselayaknyer memegang title ini.. Tp,jika Allah berkehendak pasti akan terjadi.. Jd tiada masalah pd kwn2 untuk berubah..Saya juga dulu sprt kwn2.. ^^

Thursday 31 January 2013

PERISTIWA SYRIA




                          Bayi ini DI TOREH oleh kekejaman Tentera ASSAD LAKNATULLAH!!!


 KEJAM! tentera ASSAD LAKNATULLAH KEJAM!!



BAYI ini d serang BOM oleh
TENTERA ASSAD
LAKNATULLAH! sehingga
kakinya terpaksa di potong!







 Harga untuk DARAH ayahku adalah KEPALA kau Bashar!

PERISTIWA SYRIA.
 

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA.

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU.

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iran tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iran kerana Iran merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA.

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.


"YA ALLAH YA TUHANKU, sesungguhnya Kau lah yang mengetahui segala-galanya.. Ya Allah Kau selamatkanlah penduduk SYRIA, berikanlah mereka kesejahteraan,perlindungan dan kedamaian yg berpanjangan Ya Allah, tetapi Kau Zalimilah TENTERA ASSAD,kau Hukumlah mereka Ya Allah,Balaskan kpd mereka spt mana yg telah mereka lakukan kpd RAKYAT SYRIA.. kabulkanlah doa HambaMu ini Ya Allah.." Amin..

CINTA.. CINTA.. CINTA





CINTA.. CINTA.. CINTA.. haaaaiiiipppp~!!! mane boleh cinta2 nanti Tuhan Marah!!

Assalamualaikum W.B.T semua.. (^^,)

Dah lama rasenyer dah xtulis blog.. since continued study nih, xsompet2 nk karang BLOG.. btw,hope u guys always fine and have a better life.. Tajuk hari ni mcm geli sikit bila nk membacanya iaitu berkenaan CINTA~ hee.. i pon muntah.. TAPI! kite semua xboleh nk nafikan about ini.. kaaannn??!!!

Allahumma solli ala' Muhammad

   Ok! cinta nih ade pelbagai jenis dan tidak boleh d sama ratakan.. sbagai contoh Cinta kpd Allah,Cinta kpd Nabi,Cinta kpd Malaikat,Cinta kpd Ibuayah,Cinta kpd semua makhluk Allah d muka bumi ini,,is that right? 

   Hee.. setiap CINTA yg kita rasai berlain nikmat yg akan dapat kita rasa.. Sbagai contoh, CINTA KEPADA ALLAH, bagaimana mahu menunjukkan betapa kita CINTA kan kpd Allah S.W.T, sudah tentu melakukan apa yg DIA perintahkan kpd kita dan tidak membuat apa yg di larang,hidup berlandaskan Quran dan Sunnah,dan pelbagai lg..CINTA kpd Allah tidak boleh kita tandingkan dgn perasaan CINTA kpd perkara yg lain. Begitu juga kita CINTAKAN pd Nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W, bagaimana? dgn mengerjakan apa yg Baginda terapkan kpd kita sperti apa? Berpuasa,Menunaikan Zakat,Mengerjakan Haji dan pelbagai lg. Bagaimana pula dgn Ibubapa? sudah pasti kita haruslah mnjd anak yg soleh dan solehah, mengikut perintah mereka dan jgn sesekali melawan kata-kata mereka.

   Itu sudah saya terangkan jenis-jenis CINTA yg sudah sebati akan diri kita.. annnndddd, HOW ABOUT YOUR LOVE FOR SOMEONE? adekan? adekan? huhuuhuhu (gelak2 malu)..~ persoalannya,adakah salah jika kita mencintai seseorang yg bukan mahram pd kita? hee.. Mustahil setiap lelaki tidak pernah terlintas untuk meminati seorang wanita begitu juga dgn wanita.. Mustahil! hee.. Tidak salah untuk ada perasaan,krn Allah yg turunkan perasaan itu pd kita, tetapi~ salahlah kita kalo xletakkan pd tmpat yg benar.. Contoh, dah dok suke2 hang nk p couple2 buat apa? hahaha! 

   Saudara2 sekalian,bukanlah Allah meletakkan perasaan CINTA kpd kita adalah hanya utk kita membuat perkara yg d larang olehNya,tetapi mahukan kalian berserah kpdaNya, berserah! yes! segalanya berserah kpd Allah.. usaha? sudah pasti berdoa pd Allah.. kaaann.. itu jln terbaik,bukan hang dok pegang sana pegang sini.. dok ehh,ajak couple pastu dating.. ishh2,dok molek..dok molek.. hehehee~pastu biar 1 dunia tawu letak kat FB 'In a relationship withh...' inilah baru CINTA kpd Allah sbb kite selalu berserah kpdNya .. How sweet ^^



Thursday 2 August 2012

APRIL FOOL..!! APRIL YG BODOH?? HARI UMAT ISLAM DI BUNUH!!!

Maksud April Fool

April Fool adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong tetapi orang lain. Tetapi tahukah anda apakah itu April Fool yang sebenarnya?


Sejarah April Fool

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.

IBU SUSUAN

  1.  Ibu yang menyusukan telah baliqh. Maksudnya perempuan yang menyusukan anak angkat tersebut mestilah perempuan yang telah baliqh iaitu keluar haid dari kemaluannya dalam keadaan sihat anggota badannya. Umur perempuan baliqh ialah di antara 9 atau 10 tahun.
  2. Anak yang disusukan itu berusia dua tahun ke bawah. Maksudnya anak angkat yang di susukan itu mestilah berumur 2 tahun kebawah dan tidak boleh anak yang berumur 2 tahun ke atas. Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun.” (Riwayat Darul Qutni)
  3. Susuannya sebanyak lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang. Maksudnya anak angkat yang disusukan mestilah sebanyak 5 kali susuan secara berasingan dan susuannya tidak boleh kurang dari 5 kali. Setiap kali susuan tersebut mestilah sehingga anak tersebut kenyang. Hadis Nabi yang bermaksud : “Adalah pada ayat yang diturunkan daripada Al-Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja.” (Riwayat Muslim)
  4. Susu yang diberi kepada kanak-kanak itu mestilah ditelan sehingga sampai ke perut anak tersebut. Maksudnya susuan yang diberikan kepada anak tersebut dipastikan sampai kedalam perut anak angkat tersebut. jika tidak sampai maka tidak boleh dianggap anak angkat tersebut sebagai anak susuan.


            Batas pergaulan anak susuan (anak angkat susuan) dengan saudara susuannya (anak-anak dari darah daging ibu susuan) sama sepertimana adik beradik kandungan atau saudara sama mahramnya. Auratnya antara anak perempuan dengan anak lelaki ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi ada pendapat lain yang menyatakan aurat anak perempuan seluruh badannya kecuali kepala, muka dan tangannya sahaja. Pendapat saya berdasarkan keadaan semasa yang banyak berlaku kes-kes sumbang mahram dikalangan adik beradik, bapa dengan anak, atuk dengan cucu dan sebagainya, maka lebih eloklah anak perempuan tersebut tutup keseluruh tubuh badannya kecuali kepala, muka dan tangannya sahaja supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

            Pendapat saya lagi, adik beradik antara lelaki dan perempuan atau sesama saudara susuan tidak eloklah berpelukkan antara saudara lelaki dan perempuan, kerana dikuatiri akan berlakunya perkara yang tidak diingini iaitu sumbang mahram atau timbulnya perasaan nafsu syahwat. Walaupun dalam Islam tiada batas pergaulan antara mereka, tetapi lebih baik berjaga-jaga sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini. Biarlah bersalam atau mencium tangan saudara yang lebih tua sebagai tanda penghormatan antara satu sama lain, tetapi lebih baik elaklah dari berpelukkan atau berciuman antara satu sama lain.

             Anak susuan tidak boleh meminang atau mengahwini ibu susuannya dan saudara susuannya. Sepertimana fiman Allah yang bermaksud :

“Diharamkan kepada kamu berkahwin Dengan (perempuan-perempuan Yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu Yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu Yang perempuan,
dan ibu-ibu kamu Yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri Yang Dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri Yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri Yang berasal dari benih kamu. dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali Yang telah berlaku pada masa Yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (An-Nisa : 23)

             Merujuk kepada ayat di atas yang telah saya boldkan telah menjelaskan dengan jelas sekali bahawa diharamkan anak susuan mengahwini ibu susuannya atau saudara susuannya, kerana anak susuan tersebut telah menjadi sebahagian dari keluarga tersebut dan boleh dikatakan sepertimana anaknya sendiri tetapi binnya tetap berbeza dari saudara susuannya. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Wahai Rasulullah, tidakkah tuan berkenan (berkahwin) dengan anak perempuan pamanmu, Hamzah. Dia adalah gadis Quraisy yang paling jelita dan cantik. Baginda menjawab: Apakah engkau tidak tahu bahawa Hamzah itu adalah saudara susuanku? Sedangkan Allah S.W.T telah mengharamkan hubungan berkaitan dengan saudara sesusuan sama seperti hubungan seketurunan (senasab).” (Hadis riwayat Bukhari)