Tuesday 31 July 2012

SAIDINA UMAR BIN AL - KHATTAB

SELAMAT MEMBACA DAN MENGHAYATINYA ^^

SAIDINA UMAR BIN AL - KHATTAB

Nama lengkapnya Umar bin Al - Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza Al - Qurasyi, gelarannya adalah Abu Hafsh (anak singa) juga d gelar Al - Faruq (pemisah antara yg hak dan batil). Beliau berwajah tampan, tangan dan kakinya berotot, janggutnya lebat dan suka mewarnakannya dengan bahan pewarna al - hinna dan katam, kepala bahagian depannya botak, tubuhnya tinggi dan besar, seolah beliau sedang menunggang kerana terlampau tinggi, warna kulitnya coklat kemerah - merahan, tubuhnya tegap dan suaranya lantang.

  Beliau adalah seorang yang terkenal dan cerdas dan pling tegas wataknya d kalangan pemudaQuraisy. Beliau pndai membca dan mnulis. Pada zaman jahiliyyah, beliau selalu mnjadi utusan, mnjd duta besar dan juga mnjd kebanggan kaum Quraisy.

  Berkenaan Umar bin Al - Khattab, Syifa' bt Abdullah mengatakan " jika bercakap, percakapannya d dengar, jika berjln, jlannya sgt cpat, jika memukul org lain, pasti menyakitkn dan dia benar2 seorang ahli ibadah."

  Sebelum memeluk islam, beliau adalah org yg sgt memusuhi org islam, sehingga ada yg pernah berkata " Seandainya keledai milik Umar memeluk Islam, maka ibnu Al - Khattab sekali - kali tidak akan memeluk islam".

LENTURNYA HATI SEEKOR SINGA

Ketika beliau mengetahui khabar tentang Fatimah (saudara perempuan) telah memeluk islam, beliau terus menemuinya. Di rumah Fatimah, beliau berjumpa  Khabab bin Art dan Sa'id (suami Fatimah) sedang mengajar Fatimah membaca Al - Quran, maka Umar terus memukul Fatimah. Beliau telah memaksa Fatimah utk memberikan mushaf pd tangan Fatimah, ttp Fatimah enggan kecuali Umar bersuci terlebih dahulu. Umar pon mndi dan membaca mushaf tersebut. Pertama kali beliau membaca adalah awal Surah Taha. Allah telah melapangkn hati Umar dgn bacaan tersebut, lalu beliau terus pergi ke Darul Arqam dan mengikrarkan diri memeluk Islam di hadapan Rasulullah S.A.W. Sebelumnya, Hamzah bin Abdul Mutalib telah mengikrarkan diri memeluk Islam ^^

  Umar memeluk Islam pada tahun keenam kenabian. Beliau berada d angka yg ke - 40 drpd org2 yg memeluk Islam..

[ Keislaman Umar merupakan bukti cinta Allah dan Umar d muliakan, d mana Alah mengabulkn doa Rasul - Nya . "Ya Allah, kuatkanlah Islam dgn salah seorang drpd kedua org yg pling Kamu cintai, samaada Abu Jahal atau Umar bin Al -Khatab." (HR, At-Tirmizi)]

  Meskipun Umar mempunyai peribadi yg tegas ttapi jika mendengar bacaan Al-Quran, beliau sering jatuh pengsan krana terlampau takut. Beliau terus jatuh pengsan ketika mendengar firman Allah S.W.T :

" Dan sekiranya orang - orang zalim itu mempunyai segala apa jua yg ada d bumi, d setai sebanyak itu lg, tentulah mrka rela menebus diri mereka dgnnya drpd azab seksa yg buruk pd hari kiamat, setelah jelas nyata kpd mereka dr (hukum) Allah, azab yg mereka tdak pernah fikirkan." (Az-Zumar : 47)


"Hari berdiri manusia utk mengadap Tuhan sekalian alam." (Al-Mutaffifin : 6)

KEBIJAKSANAAN PEMIMPIN SAIDINA UMAR BIN AL - KHATTAB 

Sesungguhnya, Umar adalah pemimpin yg bijak dan tegas, sehinggakan Nabi Muhammad s.a.w pernah mengatakan kpd Umar " Demi jiwaku yg berada d bimbitan - Nya, sesungguhnya syaitan sama sekali tidak akan membiarkanmu berjln d suatu jln, melainkn dia akan berjln d jln selain jln yg kamu lalui," (HR. Al- Bukhari)

  Malah, beliau juga adalah seorang yg bijaksana, pendapat2 Umar adalah selari dgn kehendak Al - Quran dlm 6 perkara :
1. Beliau pernah mengusulkan supaya membunuh tawanan Perang Badar dan tdak menerima tebusan dr mereka, lalu turun ayat Quran yg menguatkn pendapatnya.
2. Beliau memberikn pendapat agar isteri2 Nabi memakai hijab lalu turun ayat Quran yg berkenaan dengannya.
3. Beliau pernah menyarankan kepada Nabi agar Rasulullah tdak mensolatkan jenazah org munafik, lalu turun ayat Quran yg melaran Nabi utk mensolatkn jenazah mereka.
4. Termasuk pendapatnya utk menjdikan makam Ibrahim sbagai tmpat solat, lalu turun ayat Quran yg menyuruh org Muslimin solat d tmpt tersebut.
5. Ketika isteri2 Nabi berkumpul krna cemburukan dgn sikap Nabi, beliau mengatakan kpd mereka "jika Nabi menceraikan kamu semua boleh jd Tuhan akn memberi ganti kepadanya isteri2 yg lebih baik drps kamu semua." Setelah itu, turunlah Surah At- Tahrim yg d dalamnya terdapat ayat yg menegaskan perkara tersebut.

  Pada zaman pemerintahannya, wilayah Syam,Iraq,Parsi,Mesir,Burqah (nama sebuah daerah d Libya),Tripoli bahagian barat, Azerbajian, Nahawand dan Jurjan berjaya d bebaskan atau d takluki, manakala Kota Basrah, Kufah dan Fusthath (Kaherah sekarang) berjaya d bangunkan.

  Beliau mencetak mata wang dirham dgn tertera "Alhamdulillah" dan d sisi lain " La ilaha illa Allah" dan "Muhammad Rasulullah".

  Beliau adalah org pertama yg menetapkn thun hijrah sebagai kalender Islam dan org pertama yg d gelar sebagai Amirul Mukminin (pemimpin org yg beriman). Beliau juga org yg pertama mengumpulkan org dlm solat terawih, menyinari masjid2 pd mlm bulan Ramadhan, mengumpulkn org utk solat jenazah dgn empat takbir, menghentikan pemberian zakat kpd org yg baru memeluk Islam (al-mualafah qulubuhum) berdasarkan hasil ijtihadnya bhawa penyebab hukumnya ('illahnya) telah hilang. Beliau juga menjadikan talak tiga dgn 1 lfaz mnjd talak ba'in.

  Beliau meriwayatkan 527 hadis dari Nabi. Beliau menjawat jawatan sebagai khalifah selama 10 thun6 bulan 4 hari. Sebelum meninggal, beliau pernah bermimpi seolah2 seekor ayam jantan mematuknya satu atau dua kali. Patukan yg pertama adalah petanda datangnya ajal.


WAFATNYA ANAK SINGA

  Umar meninggal pd thun 23 H akibat d tikam dgn sebilah pisau dari arah belakang ketika beliau sedang menunaikan solat Subuh oleh Abu Lu'lu Fairuz Al-Farisi Al-Majusi, pembantu Mughirah Ibn Syu'bah. Tiga setelah kejadian itu, Umar mengehebuskan nafasnya yg terakhir. Sebelum meninggal, beliau melantik enam org shabat utk memilih salah seorang d kalangan mrka mnjd Khalifah. Mereka akhirnya memilih Uthman Bin Affan mnjd Khalifah. Jasadnya d kebumikan d smping kubur Rasulullah dan kubur Abu Bakar As-Siddiq d bilik Aisyah. Ketika meninggal dunia usianya genap 63 tahun, persis seperti usia Nabi dan Abu Bakar ketika meninngal.



1 comment: