Thursday 2 August 2012

ADAB MENYAMBUT TETAMU

1. Niat yg Betul

  Tuan rumah perlu berniat mengharapkan pahala dlm menyambut kedatangan tetamu drpd mknan yg d hidangkan serta sambutan yg baik kpd mereka. Tetamu juga hendaklah meniatkan pahala drpd mendatangi undangan tersebut kpd tuan rumah. Dengan demikian, kedua2 belah pihak akan mendapat pahala atas sebab itu.

2. Memuliakan Tetamu

   Tuan rumah perlu menerima tetamunya dgn hormat dan memuliakan, iaitu menerimanya dgn senyuman, wajah yg ceria dan mengucapkan kata2 selamat dtg dan sambutan

   Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud : "Sesiapa yg beriman kpd Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia memulakan tetamunya." (Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

3. Menempatkan Tetamu di Tempat yg Sesuai

   - Mempersilakan duduk d tempat yg pling selesa
   - Jika tetamu wanita, tmpt yg tdak menyingkap aurat mereka
   - Tempat yg tdak tersebar dgn bau yg kurang senang & kotor

4. Menyegerakan Hak Tetamu

   Tuan rumah perlu segera menghidangkkan hak tetamu seperti air minuman, makanan dan sebagainya. Jangan lambat dalam menyediakan hidangan sehingga hampir pulang.

    Menghidangkan makanan merupakan adab yg d anjurkan, sebagaimana yg d sebut dlm firman Allah s.w.t yg bermaksud " Lalu d hidangkan kpd mereka." (Surah Al- Dhariyat 51.27)

5. Tidak Berlebihan dlm Menjamu Tetamu

   Tuan rumah tidak perlu memberatkan diri d luar kemampuan dlm menyediakan makanan kepada tetamu. Namun, hidangan yg d sediakan utk tetamu perlu d sertai dgn sikap memuliakan mereka. Nabi Ibrahim a.s telah menyembelih seekor anak lembu yg gemuk utk tetamunya. Itu adalah hidangan yg terbaik yg d miliki baginda.

6. Layanan Terbaik kpd Tetamu

   Melayani sendiri tetamu merupakan satu adab yg d anjurkan dlm Al-Quran, sebagaimana d sebut dlm kisah Nabi Ibrahim a.s. Allah berfirman yg bermaksud : "Kemudian ia masuk menemui keluarganya serata d bawanya keluar seekor anak lembu yg gemuk (yg d panggang) lalu d hidangkannya smbil berkata : "Silakan makan" (Surat Al-Dhariyat 51 : 26 - 27)

    Antara layanan  baik yg boleh d berikan kpd tetamu sperti menyediakan tmpt tidur yg bersih, memastikan ank2 tdak bisng, tdak menganggu tetamu dan sebagainya.

7. Menghantar ke Muka Pintu

   Apabila tiba waktu tetamu akn pulang, tuan rumah perlu menghantarnya smpai ke pintu rumah sbagai tanda memuliakan dan menghormatinya.

   Abu U'bai pernah mengunjungi Iman Ahmad d rumahnya. Dia bercerita " Ketika aku bangkit ingin pulang, Iman Ahmad juga bangun bersamaku. Aku berkata "Jangan susah wahai Abu Abdillah." Beliau mengatakan bahawa al-Sha'bi berkata "Termasuk kesempurnaan memuliakan tetamu ialah tuan rumah berjalan bersama tetamu hingga ke pintu rumah dan sehingga mereka menaiki kenderaannya." 

   Tuan rumah tidak terus masuk ke rumah dan mengunci pintu sejurus tetamu keluar kecuali setelah tetamu sudah berlalu pergi atau kenderaannya sudah berjalan. :)

P/S : SEKADAR PERKONGSIAN.. ^^

No comments:

Post a Comment