Friday 8 March 2013

HADIS YG KE- 31 "HAKIKAT ZUHUD DAN KESANNYA"

 

Daripada Abu Al-A'bbas Sahl bin Sa'ad as-Saa'di r.a , beliau berkata : Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan berkata "Wahai Rasulullah S.A.W, tunjukkanlah kpdku 1 amalan apabila aku melakukannya, Allah S.W.T cinta kpdku dan manusia juga cnta kpdku." Rasulullah S.A.W bersabda "Zuhudlah terhadap dunia nescaya kamu akan d cintai oleh Allah S.W.T dan zuhudlah terhadap apa yg dimiliki oleh manusia, nescaya kamu akan d sukai oleh manusia." (Hadis Hassan d riwayatkan oleh Ibnu Majah)

Imam Ahmad drpd Abu Idris Al-Khawalaani : "Zuhud bukannya  bermaksud mengharamkan yang halal dan membuang harta benda, tetapi yakin dengan Allah S.W.T dan mengharap ganjaran daripada Allah S.W.T. walaupun musibah berterusan."


ZUHUD ADALAH AMALAN HATI BUKAN AMALAN ANGGOTA


          Abu Sulaiman Al-Daarani berkata " Kamu jangan mengatakan seseorang  itu zuhud, sesungguhnya zuhud itu terlatak pada hati "

~ Situasi ini selaunya berlaku d kalangan pelajar yg belajar agama. Kebiasaannya mereka akan mengenali perkataan Zuhud tetapi tidak memahami apakah maksudnya. Sebagai contoh :  Seorang pelajar perempuan bercakap dgn seorang pelajar lelaki, plajar lelaki merasa segan dan hanya menundukkan kepala apabila bercakap dengannya. Dalam hati pelajar tersebut "Zuhudnya dia ni,  menyampah aku!" Sesungguhnya zuhud hanyalah terletak pd hati bukanlah bedasarkan perbuatan. Hanya Allah S.W.T yg dpt membaca hati manusia, siapalah kita untuk men 'judge' org.

Zuhud terbahagi kpd 3 definasi :

1. Seorang hamba yg sgt yakin dengan apa yang ada pd sisi Allah S.W.T lebih baik daripada dirinya.

2. Seorang hamba yg d timpa musibah dunia seperti kehilangan hanta benda ataupun keluarga, hanya bersabar dan hanya mengharapkan pahala daripada Allah S.W.T.

3. Pujian dan cercaan tidak mendatangkan kesan kpd dirinya.

Ibnu Mas'ud " Yakin ialah kamu tidak berusaha untuk mendapat keredhaan manusia sehingga mendapat kemurkaan Allah S.W.T "

Hassan Al- Basri " Orang yang zuhud ialah apabila dia melihat org lain dia akan berkata ' Dia lebih baik drpd aku' "

KEPENTINGAN HADIS

Dua wasiat Nabi Muhammad S.A.W yg besar 

1. Zuhud terhadap dunia menyebabkan seseorang hamba mndpt kecintaan drpd Allah S.W.T

2. Zuhud terhadap apa yang d miliki oleh manusia merupakan sbb mndpt kecintaan dan darjat d sisi mereka.

PEMBAHAGIAN ZUHUD 

Sebahagian para salaf membahagikan kpd 3 bahagian

1. Zuhud terhadap perkara syirik dan beribadat kpd selain daripa Allah S.W.T [WAJIB]

2. Zuhud terhadap semua perkara haram dan maksiat [WAJIB]

3. Zuhud terhadap perkara2 yg halal [ X WAJIB ] 

PERKARA-PERKARA YANG MEMBAWA KPD ZUHUD

1. Mengingati akhirat dan membayangkan bagaimana keadaannya nanti d hadapan Allah S.W.T d hari perhitungan dan pembalasan.

2. Menyedari bahawa keseronokan dunia boleh melalaikan hati drpd mengingati Allah S.W.T

3. Menyedari bahawa untuk mendapatkan kenikmatan duniawi, manusia terpaksa berpenat lelah, menanggung kehinaan dan mudah d tipu ( contoh : dadah )

4. Menyedari bahawa dunia ini d laknati ( dunia hanya menjauhkan manusia drpd Allah S.W.T kecuali ilmu yg bermanfaat, yg membawa kpd mengenali Allah S.W.T, mendekatkan diri kepadanya serta zikrullah )


           Hinanya dunia daripada bangkai seekor kambing (Riwayat Imam Muslim)


 ~ Menghina dunia bukanlah bermaksud untuk menghina masa (siang & malam ) dan tempat (tumbuhan2 yg tumbuh d muka bumi dan makhluk Allah yg beranak pinak kerana semua ini adalah nikmat2 yg d berikan oleh Allah S.W.T dan setiap nikmat ada faedahnya.


    Penghinaan d maksudkan dgn perbuatan manusia kerana kebanyakkannya menyalahi ajaran Rasulullah S.A.W dan mendatangkan mudharat dan akibat buruk.


GOLONGAN ANAK ADAM TERBAHAGI KEPADA DUA GOLONGAN

1. Golongan yg mengingkari wujudnya kehidupan selepas mati untuk menerima pembalasan pahala & dosa
2. Golongan yg percaya wujudnya kehidupan selepas mati ( mereka adalah org yg menerima syariat Rasulullah S.A.W)

Golongan kedua ini terbahagi kepada 3 golongan

1. Menzalimi diri sendiri

# Golongan ini adalah golongan yg pling rmai, taksub dengan harta benda dan kekayaan dunia dan menjadikan dunia sebgai matlamat yg terbesar, suka bermegah2, berlumba2 memperbanyakkan harta benda dan keturunan. Mereka lupa dunia ini adalah tempat persinggahan sementara, dan juga lupa dunia adalah untuk mengambil bekalan bagi meneruskan perjalanan menuju ke tempat yg kekal abadi walaupun dia tahu perkara tersebut.

2. Golongan Pertengahan

# Ambil habuannya dgn cara sebenar tetapi berlebihan dengan perkara yg d haruskan (untuk dirnya sendiri). Walaupun tidak d azab tp darjatnya d akhirat akan bertambah kurang.
 

3. Golongan yg berlumba2 membuat kebaikan
# Golongan yg memahami erti 'dunia', dan memahami Allah S.W.T telah menempatkan hamba2Nya d dunia dan mempamerkan segala kelazatan dan keindahan semata2 adalah untuk menguji mereka. Sebahagian salafus solih menyatakan ' Golongan ini ialah mrka yg zuhud terhadap dunia
dan mengharapkan akhirat'

No comments:

Post a Comment