Thursday 2 August 2012

APRIL FOOL..!! APRIL YG BODOH?? HARI UMAT ISLAM DI BUNUH!!!

Maksud April Fool

April Fool adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong tetapi orang lain. Tetapi tahukah anda apakah itu April Fool yang sebenarnya?


Sejarah April Fool

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.

IBU SUSUAN

  1.  Ibu yang menyusukan telah baliqh. Maksudnya perempuan yang menyusukan anak angkat tersebut mestilah perempuan yang telah baliqh iaitu keluar haid dari kemaluannya dalam keadaan sihat anggota badannya. Umur perempuan baliqh ialah di antara 9 atau 10 tahun.
  2. Anak yang disusukan itu berusia dua tahun ke bawah. Maksudnya anak angkat yang di susukan itu mestilah berumur 2 tahun kebawah dan tidak boleh anak yang berumur 2 tahun ke atas. Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun.” (Riwayat Darul Qutni)
  3. Susuannya sebanyak lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang. Maksudnya anak angkat yang disusukan mestilah sebanyak 5 kali susuan secara berasingan dan susuannya tidak boleh kurang dari 5 kali. Setiap kali susuan tersebut mestilah sehingga anak tersebut kenyang. Hadis Nabi yang bermaksud : “Adalah pada ayat yang diturunkan daripada Al-Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja.” (Riwayat Muslim)
  4. Susu yang diberi kepada kanak-kanak itu mestilah ditelan sehingga sampai ke perut anak tersebut. Maksudnya susuan yang diberikan kepada anak tersebut dipastikan sampai kedalam perut anak angkat tersebut. jika tidak sampai maka tidak boleh dianggap anak angkat tersebut sebagai anak susuan.


            Batas pergaulan anak susuan (anak angkat susuan) dengan saudara susuannya (anak-anak dari darah daging ibu susuan) sama sepertimana adik beradik kandungan atau saudara sama mahramnya. Auratnya antara anak perempuan dengan anak lelaki ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi ada pendapat lain yang menyatakan aurat anak perempuan seluruh badannya kecuali kepala, muka dan tangannya sahaja. Pendapat saya berdasarkan keadaan semasa yang banyak berlaku kes-kes sumbang mahram dikalangan adik beradik, bapa dengan anak, atuk dengan cucu dan sebagainya, maka lebih eloklah anak perempuan tersebut tutup keseluruh tubuh badannya kecuali kepala, muka dan tangannya sahaja supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

            Pendapat saya lagi, adik beradik antara lelaki dan perempuan atau sesama saudara susuan tidak eloklah berpelukkan antara saudara lelaki dan perempuan, kerana dikuatiri akan berlakunya perkara yang tidak diingini iaitu sumbang mahram atau timbulnya perasaan nafsu syahwat. Walaupun dalam Islam tiada batas pergaulan antara mereka, tetapi lebih baik berjaga-jaga sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini. Biarlah bersalam atau mencium tangan saudara yang lebih tua sebagai tanda penghormatan antara satu sama lain, tetapi lebih baik elaklah dari berpelukkan atau berciuman antara satu sama lain.

             Anak susuan tidak boleh meminang atau mengahwini ibu susuannya dan saudara susuannya. Sepertimana fiman Allah yang bermaksud :

“Diharamkan kepada kamu berkahwin Dengan (perempuan-perempuan Yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu Yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu Yang perempuan,
dan ibu-ibu kamu Yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri Yang Dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri Yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri Yang berasal dari benih kamu. dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali Yang telah berlaku pada masa Yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (An-Nisa : 23)

             Merujuk kepada ayat di atas yang telah saya boldkan telah menjelaskan dengan jelas sekali bahawa diharamkan anak susuan mengahwini ibu susuannya atau saudara susuannya, kerana anak susuan tersebut telah menjadi sebahagian dari keluarga tersebut dan boleh dikatakan sepertimana anaknya sendiri tetapi binnya tetap berbeza dari saudara susuannya. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Wahai Rasulullah, tidakkah tuan berkenan (berkahwin) dengan anak perempuan pamanmu, Hamzah. Dia adalah gadis Quraisy yang paling jelita dan cantik. Baginda menjawab: Apakah engkau tidak tahu bahawa Hamzah itu adalah saudara susuanku? Sedangkan Allah S.W.T telah mengharamkan hubungan berkaitan dengan saudara sesusuan sama seperti hubungan seketurunan (senasab).” (Hadis riwayat Bukhari)

ABU MUSLIM AL - KHAWLANI

"RASULULLAH sakit tenat." Berita cemas itu menular ke segenap daerah sepulangnya Baginda drpd melakukan haji widak. Abu Muslim Al- Khawlani yg berada d Yaman segera menuju ke Madinah. Sudah begitu lama beliau mengimpikan untuk bertemu Rasulullah s.a.w, namun belum kesampaian."

    Walaupun tdak dpt bertemu Baginda, beliau tekun menyebarkan ajaran Baginda di Yaman, Hinggakan penduduk Yaman amat mengenali kesolehan dan kewarakan beliau.

    Setelah bermusafir siang malam akhirnya beliau tiba d sempadan Madinah. Malangnya, berita kewafatan Rasululallah s.a.w sedang d perkatakan dan kempipinan sudah beralih kpd Saidina Abu Bakar.


Teguh Menghadapi Pendusta

  Di Yaman, seorang dukun menipu pada zaman jahiliah sedang bermaharajalelameluaskan dakyah kononya dia seorang nabi. Dia ialah Al-Aswad Al-'Ansy. Lidahnya pertah berbicara, kata2nya memukau, berotak licik dan pndai berputar belit.

  Dengan cepat, seruannya mndpata tempat d hati ramai penyokong. Apatah lagi, kebanyakan penduduk Yaman berasal drpd kabilahnya sndiri iaitu kabilah Bani Maadzhaj. Sokongan kuat drpd mereka menyerbarluaskan lagi ajaran Al-Aswad sehingga ke Hadramaut dan Taif, bahkan sampai ke wilayah Bahrain dan Adn.

  Dalam gelombang besar kebatilan inilah, Abu Muslim Al-Khawlani, bangkit membela kebenaran. Al- Aswad mrnggunakan pengaruhnya utk merancang pembunuhan terhadap Abu Muslim. Dia mengadakan upacara ibadat dgn mengundang segenap masyarakat utk menghadirinya. Di tengah2 kwsan lapang, sudah tersedia seberkas kayu yg telah d bakar. Apinya marak menyala.

  Abu Muslim penuh tawakal kpd Allah bergerak ke tengah kwsan lapang. Beliau berdebat dgn Al-Aswad : si nabi palsu. Al-Aswad tdak mmpu bersabar dgn Abu Muslim yg teguh dgn aqidahnya lalu memerintahkan dia d bakar. Ajaibnya, api tdak membaham tubuhnya. Sedarlah penduduk Yaman tentang kesesatan mereka selama ini, lalu Al-Aswad d bunuh dgn hina.

Sanggup DiBakar Bagaikan Nabi Ibrahim.

   Menurut Shurahbil, ketika Al-Aswad mengaku dirinya nabi di Yaman, Abu Muslim d tangkap dan d masukkan ke dalam api yg besar, namun api tdak membakarnya.

  Abu Muslim pergi ke Kota Madinah dan bertemu Umar bin Al-Khattab, lalu berlau dialog antara mereka.

                      Umar menyoal Abu Muslim "Dari mana?"
                      Dia menjawab : "Saya dari Yaman"
                      Umar bertanya : "Siapakah yg d bakar oleh pendusta itu?"
                      Kemudian dia menjawab : " Abdullah bin Thuwab"
                      Umar bertanya utk mendapatkan kepastian : "Adakah itu kamu?"
                      Abu Muslim membalas : "Ya, betul."

                      Maka Umar pun memeluknya dan menangis

                      Umar berkata : "Segala puji bg Allah yg belum mewafatkan aku sehingga aku melihatseorang drpd umat Muhammad yg d perlakukan sebagaimana Nabi Ibrahim d perlakukan dahulu."

Di Makbulkan Doanya

  Diriwayatkan drpd 'Ata', dia berkata bahawa Abu Muslim Al-Khawlani apabila pulang ke rumah dari msjid, dia bertakbir d hadpana pntu rumahnya, lalu isterinya pun bertakbir. Jika dia berada d halaman rumahnya dia juga bertakbir, maka isterinya menjawab takbirnya.

  Pada suatu malam, Abu Muslim keluar kemudian setibanya kembali d rumah dia bertakbir, namun tiada seorang pun yg menjwb. Biasanya apabila dia masuk ke rumah, isterinya segera mengambil serban dan kasutnya kemudian menghidangkan makanan untuknya.

  Setelah dia msuk kedalam rumah, suasana kelihatan gelap krana tiada lmpu d dalamnya. Sementara itu dia menemui isterinya yg sedang duduk termenung, kemudian menundukkan kepala smbil bermain sebatang kayu, lalu Abu Muslim bertanya : "Kamu kenapa?"

Isterinya menjawab : "Abang memiliki kedudukan d sisi Muawiyyah, nmun kita tdak memiliki pembantu. Kalaulah abg meminta pembantu drpdanya, tentu beliau akn membantu kita dan pasti memberi."

  Abu Muslim menjwab : "Ya Allah, siapa shj yg telah menghasut usteriku, maka butaknlah matanya.", Sebelumnya ada seorang wanita mendatangi isteri Abu Muslim (dialah penghasut isteri Abu Muslim). Ketika wanita (penghasut) td sedang duduk d rumahnya, tiba2 dia tdak dpt melihat. Dia bertanya : "Mengapa kalian memadamkan lampu?"

     Orang yg ada menjwb : "Tidak! kami tdak padamkan lampu." Maka sedarlah wanita itu akan perbuatannya. Kemudian dia menemui Abu Muslim smbil menangis, Dia bermohon agar Abu Muslim berdoa kpd Allah utk menyembuhkan matanya. Abu Muslim berasa kasihan kepadanya, lalu beliau mendoakannya dan Allah mengembalikan penglihatannya,



PROFILE ABU MUSLIM AL-KHAWLANI :)

* Nama asal beliau ialah Abdullah bin Thuwab
* Di beri gelaran Abu Muslim Al-Khawlani
* D kenali juga sbagai penghulu tabiin
* Bersifat zuhud
* Memeluk Islam pd zaman Nabi, nmun tdak smpat 
   bertemu dgn Baginda
* Bertemu ke Kota Madinah pd zaman pemerintahan
   Saidina Abu Bakar

* Menuntut ilmu drpd Umar, Mu'az bin Jabal, Abu Zar, Abu Ubaidah dan Ubadah bin Al- Samit
* Antara murid beliau adalah Abu Idris Al-Khaulani, Abu Al-A'liyah, Jubair bin Nufair dan lain2
* Pergi Negeri Syam dan tinggal di situ agar dpt ikut serta dlm tentera muslimin utk memerangi
   tentera Rom.
* Meninggal dunia di Rom

 

 

ADAB MENYAMBUT TETAMU

1. Niat yg Betul

  Tuan rumah perlu berniat mengharapkan pahala dlm menyambut kedatangan tetamu drpd mknan yg d hidangkan serta sambutan yg baik kpd mereka. Tetamu juga hendaklah meniatkan pahala drpd mendatangi undangan tersebut kpd tuan rumah. Dengan demikian, kedua2 belah pihak akan mendapat pahala atas sebab itu.

2. Memuliakan Tetamu

   Tuan rumah perlu menerima tetamunya dgn hormat dan memuliakan, iaitu menerimanya dgn senyuman, wajah yg ceria dan mengucapkan kata2 selamat dtg dan sambutan

   Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud : "Sesiapa yg beriman kpd Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia memulakan tetamunya." (Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

3. Menempatkan Tetamu di Tempat yg Sesuai

   - Mempersilakan duduk d tempat yg pling selesa
   - Jika tetamu wanita, tmpt yg tdak menyingkap aurat mereka
   - Tempat yg tdak tersebar dgn bau yg kurang senang & kotor

4. Menyegerakan Hak Tetamu

   Tuan rumah perlu segera menghidangkkan hak tetamu seperti air minuman, makanan dan sebagainya. Jangan lambat dalam menyediakan hidangan sehingga hampir pulang.

    Menghidangkan makanan merupakan adab yg d anjurkan, sebagaimana yg d sebut dlm firman Allah s.w.t yg bermaksud " Lalu d hidangkan kpd mereka." (Surah Al- Dhariyat 51.27)

5. Tidak Berlebihan dlm Menjamu Tetamu

   Tuan rumah tidak perlu memberatkan diri d luar kemampuan dlm menyediakan makanan kepada tetamu. Namun, hidangan yg d sediakan utk tetamu perlu d sertai dgn sikap memuliakan mereka. Nabi Ibrahim a.s telah menyembelih seekor anak lembu yg gemuk utk tetamunya. Itu adalah hidangan yg terbaik yg d miliki baginda.

6. Layanan Terbaik kpd Tetamu

   Melayani sendiri tetamu merupakan satu adab yg d anjurkan dlm Al-Quran, sebagaimana d sebut dlm kisah Nabi Ibrahim a.s. Allah berfirman yg bermaksud : "Kemudian ia masuk menemui keluarganya serata d bawanya keluar seekor anak lembu yg gemuk (yg d panggang) lalu d hidangkannya smbil berkata : "Silakan makan" (Surat Al-Dhariyat 51 : 26 - 27)

    Antara layanan  baik yg boleh d berikan kpd tetamu sperti menyediakan tmpt tidur yg bersih, memastikan ank2 tdak bisng, tdak menganggu tetamu dan sebagainya.

7. Menghantar ke Muka Pintu

   Apabila tiba waktu tetamu akn pulang, tuan rumah perlu menghantarnya smpai ke pintu rumah sbagai tanda memuliakan dan menghormatinya.

   Abu U'bai pernah mengunjungi Iman Ahmad d rumahnya. Dia bercerita " Ketika aku bangkit ingin pulang, Iman Ahmad juga bangun bersamaku. Aku berkata "Jangan susah wahai Abu Abdillah." Beliau mengatakan bahawa al-Sha'bi berkata "Termasuk kesempurnaan memuliakan tetamu ialah tuan rumah berjalan bersama tetamu hingga ke pintu rumah dan sehingga mereka menaiki kenderaannya." 

   Tuan rumah tidak terus masuk ke rumah dan mengunci pintu sejurus tetamu keluar kecuali setelah tetamu sudah berlalu pergi atau kenderaannya sudah berjalan. :)

P/S : SEKADAR PERKONGSIAN.. ^^