Tuesday 31 July 2012

SAIDINA UMAR BIN AL - KHATTAB

SELAMAT MEMBACA DAN MENGHAYATINYA ^^

SAIDINA UMAR BIN AL - KHATTAB

Nama lengkapnya Umar bin Al - Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza Al - Qurasyi, gelarannya adalah Abu Hafsh (anak singa) juga d gelar Al - Faruq (pemisah antara yg hak dan batil). Beliau berwajah tampan, tangan dan kakinya berotot, janggutnya lebat dan suka mewarnakannya dengan bahan pewarna al - hinna dan katam, kepala bahagian depannya botak, tubuhnya tinggi dan besar, seolah beliau sedang menunggang kerana terlampau tinggi, warna kulitnya coklat kemerah - merahan, tubuhnya tegap dan suaranya lantang.

  Beliau adalah seorang yang terkenal dan cerdas dan pling tegas wataknya d kalangan pemudaQuraisy. Beliau pndai membca dan mnulis. Pada zaman jahiliyyah, beliau selalu mnjadi utusan, mnjd duta besar dan juga mnjd kebanggan kaum Quraisy.

  Berkenaan Umar bin Al - Khattab, Syifa' bt Abdullah mengatakan " jika bercakap, percakapannya d dengar, jika berjln, jlannya sgt cpat, jika memukul org lain, pasti menyakitkn dan dia benar2 seorang ahli ibadah."

  Sebelum memeluk islam, beliau adalah org yg sgt memusuhi org islam, sehingga ada yg pernah berkata " Seandainya keledai milik Umar memeluk Islam, maka ibnu Al - Khattab sekali - kali tidak akan memeluk islam".

LENTURNYA HATI SEEKOR SINGA

Ketika beliau mengetahui khabar tentang Fatimah (saudara perempuan) telah memeluk islam, beliau terus menemuinya. Di rumah Fatimah, beliau berjumpa  Khabab bin Art dan Sa'id (suami Fatimah) sedang mengajar Fatimah membaca Al - Quran, maka Umar terus memukul Fatimah. Beliau telah memaksa Fatimah utk memberikan mushaf pd tangan Fatimah, ttp Fatimah enggan kecuali Umar bersuci terlebih dahulu. Umar pon mndi dan membaca mushaf tersebut. Pertama kali beliau membaca adalah awal Surah Taha. Allah telah melapangkn hati Umar dgn bacaan tersebut, lalu beliau terus pergi ke Darul Arqam dan mengikrarkan diri memeluk Islam di hadapan Rasulullah S.A.W. Sebelumnya, Hamzah bin Abdul Mutalib telah mengikrarkan diri memeluk Islam ^^

  Umar memeluk Islam pada tahun keenam kenabian. Beliau berada d angka yg ke - 40 drpd org2 yg memeluk Islam..

[ Keislaman Umar merupakan bukti cinta Allah dan Umar d muliakan, d mana Alah mengabulkn doa Rasul - Nya . "Ya Allah, kuatkanlah Islam dgn salah seorang drpd kedua org yg pling Kamu cintai, samaada Abu Jahal atau Umar bin Al -Khatab." (HR, At-Tirmizi)]

  Meskipun Umar mempunyai peribadi yg tegas ttapi jika mendengar bacaan Al-Quran, beliau sering jatuh pengsan krana terlampau takut. Beliau terus jatuh pengsan ketika mendengar firman Allah S.W.T :

" Dan sekiranya orang - orang zalim itu mempunyai segala apa jua yg ada d bumi, d setai sebanyak itu lg, tentulah mrka rela menebus diri mereka dgnnya drpd azab seksa yg buruk pd hari kiamat, setelah jelas nyata kpd mereka dr (hukum) Allah, azab yg mereka tdak pernah fikirkan." (Az-Zumar : 47)


"Hari berdiri manusia utk mengadap Tuhan sekalian alam." (Al-Mutaffifin : 6)

KEBIJAKSANAAN PEMIMPIN SAIDINA UMAR BIN AL - KHATTAB 

Sesungguhnya, Umar adalah pemimpin yg bijak dan tegas, sehinggakan Nabi Muhammad s.a.w pernah mengatakan kpd Umar " Demi jiwaku yg berada d bimbitan - Nya, sesungguhnya syaitan sama sekali tidak akan membiarkanmu berjln d suatu jln, melainkn dia akan berjln d jln selain jln yg kamu lalui," (HR. Al- Bukhari)

  Malah, beliau juga adalah seorang yg bijaksana, pendapat2 Umar adalah selari dgn kehendak Al - Quran dlm 6 perkara :
1. Beliau pernah mengusulkan supaya membunuh tawanan Perang Badar dan tdak menerima tebusan dr mereka, lalu turun ayat Quran yg menguatkn pendapatnya.
2. Beliau memberikn pendapat agar isteri2 Nabi memakai hijab lalu turun ayat Quran yg berkenaan dengannya.
3. Beliau pernah menyarankan kepada Nabi agar Rasulullah tdak mensolatkan jenazah org munafik, lalu turun ayat Quran yg melaran Nabi utk mensolatkn jenazah mereka.
4. Termasuk pendapatnya utk menjdikan makam Ibrahim sbagai tmpat solat, lalu turun ayat Quran yg menyuruh org Muslimin solat d tmpt tersebut.
5. Ketika isteri2 Nabi berkumpul krna cemburukan dgn sikap Nabi, beliau mengatakan kpd mereka "jika Nabi menceraikan kamu semua boleh jd Tuhan akn memberi ganti kepadanya isteri2 yg lebih baik drps kamu semua." Setelah itu, turunlah Surah At- Tahrim yg d dalamnya terdapat ayat yg menegaskan perkara tersebut.

  Pada zaman pemerintahannya, wilayah Syam,Iraq,Parsi,Mesir,Burqah (nama sebuah daerah d Libya),Tripoli bahagian barat, Azerbajian, Nahawand dan Jurjan berjaya d bebaskan atau d takluki, manakala Kota Basrah, Kufah dan Fusthath (Kaherah sekarang) berjaya d bangunkan.

  Beliau mencetak mata wang dirham dgn tertera "Alhamdulillah" dan d sisi lain " La ilaha illa Allah" dan "Muhammad Rasulullah".

  Beliau adalah org pertama yg menetapkn thun hijrah sebagai kalender Islam dan org pertama yg d gelar sebagai Amirul Mukminin (pemimpin org yg beriman). Beliau juga org yg pertama mengumpulkan org dlm solat terawih, menyinari masjid2 pd mlm bulan Ramadhan, mengumpulkn org utk solat jenazah dgn empat takbir, menghentikan pemberian zakat kpd org yg baru memeluk Islam (al-mualafah qulubuhum) berdasarkan hasil ijtihadnya bhawa penyebab hukumnya ('illahnya) telah hilang. Beliau juga menjadikan talak tiga dgn 1 lfaz mnjd talak ba'in.

  Beliau meriwayatkan 527 hadis dari Nabi. Beliau menjawat jawatan sebagai khalifah selama 10 thun6 bulan 4 hari. Sebelum meninggal, beliau pernah bermimpi seolah2 seekor ayam jantan mematuknya satu atau dua kali. Patukan yg pertama adalah petanda datangnya ajal.


WAFATNYA ANAK SINGA

  Umar meninggal pd thun 23 H akibat d tikam dgn sebilah pisau dari arah belakang ketika beliau sedang menunaikan solat Subuh oleh Abu Lu'lu Fairuz Al-Farisi Al-Majusi, pembantu Mughirah Ibn Syu'bah. Tiga setelah kejadian itu, Umar mengehebuskan nafasnya yg terakhir. Sebelum meninggal, beliau melantik enam org shabat utk memilih salah seorang d kalangan mrka mnjd Khalifah. Mereka akhirnya memilih Uthman Bin Affan mnjd Khalifah. Jasadnya d kebumikan d smping kubur Rasulullah dan kubur Abu Bakar As-Siddiq d bilik Aisyah. Ketika meninggal dunia usianya genap 63 tahun, persis seperti usia Nabi dan Abu Bakar ketika meninngal.



Tuesday 24 July 2012

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

ASSALAMUALAIKUM w.b.t.. ^^, sekian lama xupdate blog inih.. maafkn saya atas kesibukan yg x terhingga... walaupun, umur blog ini tdaklah smpai setahun... LITTLE jrang membuat story, itupun masa d kolej dulu LITTLE selalu juga create blog.. skrang? semenjak abes belajo ni sibuk je memanjang.. Kengkadang, kwn2 antar msej pon LITTLE xblas, lg2 kalo CALL.. mang x lah jwbnyer.. Bukannyer niat utk menjauh atau mengasingkn diri.. ttapi sibuk akn dunia n akhirat.. hehehe...

     Kali ini, LITTLE telah tukorkn nama drpd nama sendiri ke LITTLE SQUIRELL.. hehehe, gedik x? sebenarnyer.. ilham nk bg nama nih semenjak LITTLE asyik tgok tupai berlari2 n melompat atas wayar eletrik.. Rase mcm comel sgt, pastu pntas!!! fuhh~~ kalo lah LITTLE boleh lari mcm 2.. comfirm maintai badan!! hehehe... 

OKEYHH!!! kali ini LITTLE nk menceritakan berkenaan SOLAT SUNAT ISTIKHARAH... Kenape ek? Sebenarnyer SOLAT sunat ini amat jarang kita lakukan dan mungkin tidak pernah lakukan.. kenapa? jwpannyer senang ajer.. sbbnyer, mnusia zman kini suka membuat kepetusan sendiri, tnpa berfikir pnjang or.. snang cter, x mnta petunjuk drpd Allah.. Truely, LITTLE baru shj lakukan solat nih krana baru2 nih LITTLE xreti buat keputusan, smpai buntu.. smpaikn Seorang Ustzah kegemaran LITTLE n seorang kwn yg byk membantu LITTLE mencadangkn utk melakukan solat ini..utk pertanyaan lanjut pd mereka bgaimana tata cara utk melakukn solat ini mereka x sempat nk jelaskn, krna ustzh LITTLE sgt bz orgnyer, n kwn pulak x ckup ilmunyer.. takot nk bgtawu... takot2 tersalah bg maklumat... JD, dgan usaha sndiri LITTLE search d internet... Alhamdulillah, dgn kuasa Allah.. sekelip mata shj Allah dah pertemukn dgn 1 blog nih.. Alhamdulillah, byk  admin blog punyer pahala krn kongsi ilmu pd semua.. ^^

  JD, d sini... LITTLE pon nk berkongsi skit about istikharah ni.. selepas bace blog tuh, berkobar2 nk buat... suke sgt...^^

Solat Sunat Istikharah nih same juga dgn solat sunat yg lain cuma niatnyer yg berbeza, d laksanakn samada sebelum dan setelah bgun dr tidur.. Sgtlah bertambah baik kalo kite lakukan time tgah mlam yg sunyi, agar mendapat kekusyukan.. hehehe, Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.^^, ulangilah solat istikharah walaupun 7 kali berturt2... Istiqamah yer kwn2!! selepas itu, ikutlah gerak hati yg mana 1 jgn sesekali meragukannya krna itu adalah keputusan Allah, mgkin bukan baik skrang ttapi akan lbih d masa akn dtg.. PEACE.. ^^


TATA CARA MEMBUAT ISTIKHARAH =)

Niat Solat tersebut.....

Usolli Sunnatal Istikharaati Rak'ataini Lillahi Taa'la
"Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat krna Allah Taa'la"

Rakaat Pertama

Baca Fatihah & Surah Al- Kafirun

Rakaat Kedua

Baca Fatihan & Surah Al - Ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”



Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:



Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”



(^o^)Y  ... LITTLE berharap agar kwn2 mendapat sedikit info.. jgn segan2 dgn Allah, krna Allah rindukan doa dr kita... ^^